Sunday, 17 December 2017

Rakaman Mikro Pengajaran IXEB4103 Teknologi Dalam Pendidikan Islam

Tarikh: 04 Disember 2017
Tempat: Makmal Komputer, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Review: Mikro Pengajaran Teknologi Dalam Pendidikan Islam
Kumpulan: 7 " Ciri-ciri Mukmin Yang Berjaya"


       Sila klik link dibawah:

Selamat Menonton 






Sunday, 3 December 2017

Penilaian


Setiap pelajar diminta membuka https://kahoot.it/ untuk menjawab soalan penilaian 
https://kahoot.it/

selamat menjawab :)

#Untuk guru sahaja : https://create.kahoot.it/details/soalan-penilaian-ciri-ciri-mukmin-yang-berjaya/1816d6f1-db99-4091-be24-e175e7b31e19

Soalan:

1. Ciri-ciri orang mukmin yang berjaya, kecuali :
A. Kusyuk dalam solat B. Menjauhi perkara lagha C. Sentiasa bersedekah
D. Memelihara kehormatan diri

2. Cara untuk mendapatkan khusyuk dalam solat , kecuali : A. Menghadap pandangan ke tempat sujud
B. Tidak bergerak 3 kali berturut-turut
C. Mengingati perkara lain yang boleh melalaikan
D. Menyempurnakan segala syarat dan rukunnya

3. Berikut merupakan cara menjaga kehormatan diri, kecuali :
A. Menutup aurat dengan sempurna
B. Menjauhi pergaulan bebas
C. Sentiasa menjauhkan diri daripada segala perbuatan maksiat
D. Mendekati zina

4. Cara mengelakkan diri dari melakukan perkara mungkar ialah :
A. Melakukan perkara keji dan mungkar
B. Pergaulan bebas
C. Menyertai aktiviti lumba haram
D. Berfikir sebelum melakukan sebarang tindakan

5. Berikut merupakan bukti solat yang kusyuk, kecuali :
A. Jauh dari sifat mahmudah
B. Dapat memahami dan menghayati maksud ayat yang dibaca
C. Dapat merasai ketenangan hati semasa bersolat
D. Dapat merasai kemanisan solat yang dikerjakan

6. Berikut merupakan pengajaran ayat 1-11 daripada surah mukminun, kecuali :
A. Tunaikan solat dengan kusyuk kerana ia merupakan tiang agama
B. Sentiasa memelihara kehormatan diri dan maruah
C. Menepati janji dan menunaikan amanah
D. Sentiasa mungkir janji dan khianati amanah

7. Pelajar perlu mengamalkan sikap positif yang membawa kepada kejayaan, kecuali :
A. Sentiasa bersukan
B. Menghormati keluarga dan guru
C. Mengamalkan sikap rajin
D. Bijak menguruskan masa





Tokoh dan Pencapaian

Pilih seorang tokoh kemudian nyatakan pencapaian beliau.

Tekan link di bawah : https://padlet.com/jieha_leo94/jxw75ab9okhj

1) Ibn Sina



2) Al-Khawarizmi



3) Nik Nur Madihah



4) Azali Azlan




Ciri-ciri Mukmin Berjaya


Ciri-ciri mukmin berjaya

1) Beriman kepada Allah.




Perkara yang perlu diberi keutamaan orang-orang Islam yang beriman (Mukminin) hakikat kejayaan mestilah disulami dengan keimanan yang hakiki demi meraih kejayaan dunia dan akhirat. 


2) Menjauhi diri daripada perkara-perkara yang keji dan sia-sia.


Perkara yang sia-sia merangkumi semua perkara yang membawa kepada kelalaian, maksiat dan aktiviti yang tidak berfaedah. Orang mukmin perlu menjaga dirinya daripada terlibat dengan perkara yang melalaikan dan tidak berfaedah. Hal ini kerana, perkara yang melalaikan boleh menjauhkan seseorang daripada mengingati Allah dan memudahkan hawa nafsu dan syaitan menguasai serta membawa kita ke arah kemaksiatan dan derhaka kepada Allah. Mereka yang dapat menjaga diri daripada terlibat dan terjerumus dengan perkara yang sia-sia, mereka adalah orang-orang mukmin yang berjaya.

Allah berfirman, maksudNYa, "Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya." (Al-Mukminun: 1-5).

Membuang masa dan melakukan perkara yang tidak berfaedah antara faktor kejatuhan umat Islam sebelum ini. Hal ini disebut oleh Syeikh Hasan an-Nadwi di dalam bukunya : “Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Islam “ . Beliau berkata “ tetapi sayang sekali , Kaum Muslimin tidak mensyukuri nikmat Allah. Selama berabad-abad lamanya manusia membuang waktu dan tenaga berfikir perkara dan berfalsafah berhubung perkara yang tidak bermanfaat . Andaikata mereka berfikir perkara yang menguntungkan Islam dan kaum muslimin, kedudukan mereka tidak akan separah ini…” 

Sabda Rasulullah S.A.W.  : “Dari kebaikan Islam seseorang itu  meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya". 

Apa yang boleh difahami dari hadis ini merangkumi beberapa perkara dan ianya merupakan natijah kita perlu meninggalkan perbuatan sia-sia. 

  • Membangunkan masyarakat yang mulia. 
  • Menyibukkan diri dengan apa yang tidak berfaedah merugikan waktu yang berharga,     dan tanda iman lemah.
  • Menghindarkan diri dari perkara yang sia-sia jalan menuju keamanan dan keselamatan.
  • Hati sentiasa dekat dengan Allah.


3) Menjaga kehormatan diri.


Orang Islam wajib menjaga kehormatan diri dan memelihara maruahnya sama ada ketika berseorangan dan semasa bermuamalah. Antara cara menjaga kehormatan:

  • Menutup aurat dengan sempurna.
  • Menjauhi pergaulan bebas dan zina.
  • Menyalurkan keinginan nafsu syahwah melalui perkahwinan.
  • Menghindarkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara keji seperti rasuah, penyelewengan dan penipuan.

4) Menunaikan amanah dan janji.



Kita wajib menunaikan amanah dan menepati janji terhadap Allah dan manusia. Mereka yang mengkhianati janjinya termasuk dalam golongan munafik sebagaimana hadis rasulullah S.A.W:

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم – قَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

Dari Abu Hurairah, bahwa Nabi SAW bersabda, Tanda-tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia berdusta, jika berjanji dia mengingkari, dan jika diberi amanah dia berkhianat (HR. Al- Bukhari)

Setiap wakil kumpulan sila tekan link akaun socrative https://b.socrative.com/login/student/


Ayat Hafazan ( Surah Al-Mukminun ayat 1-11)

Ayat Hafazan ( Surah Al-Mukminun ayat 1-11)

Sila tekan link https://voicethread.com/myvoice/thread/10047342/58137277
Kemudian, sila 'sign in' ke akaun 'Voice Thread' masing-masing.


*Jika terdapat sebarang masalah berkaitan 'link' tersebut, sila buka video di bawah.

SURAH AL MUKMINUN ( AYAT 1-11 )






Maksud Ayat :



Ciri- Ciri Mukmin Berjaya dalam
 Ayat 1-11 Surah Al Mukminun ialah :


1. Khusyuk dalam Solat 




2. Menjauhi Diri dari Perbuatan dan Perkataan yang Sia-sia




3. Menunaikan Zakat 




4. Menjaga Kehormatan




5. Menjaga Amanah dan Janji






6. Menjaga Solat






Sunday, 26 November 2017

Rancangan Pengajaran Tilawah Ciri-Ciri Mukmin Berjaya

رنچڠن ڨڠاجرن هاريان
مات ڨلاجرن : ڨنديديقن إسلام
بيدڠ : تيلاوة القراءن
تاجوق : چيري-چيري مؤمن برجاي
ماس : .٤ مينيت
تاريخ : ٤ ديسيمبر
كلس : تيڠكتن ٤ علي
بيلاڠن موريد : .٤ اورڠ
ڨڠتاهوان سديا أد : موريد تله مڠتاهؤي قاعدة باچاءن القرءان دڠن بتول
هاسيل ڨمبلاجرن : دأخير ڨڠاجرن دان ڨمبلاجرن اين ، موريد داڨت :
مپاتاكن چيري مؤمن برجاي برداسركن اية ۱۱-۱ درڨد سورة المؤمنون          (١)
(۲)منجلسكن چيري۲ مؤمن برجاي        
(۳)منونجوقكن چونتوه سأورڠ اينديۏيدو برجاي بسرتا ڨنچاڨاينڽ
كماهيرن برفيكير : مماهامي ، مڠنل ڨستي ، دان مڠعملكن نيلاي-نيلاي مورني دالم كهيدوڨن
ݢابوڠ جالين : ڨنديديقن مورل دان تجويد
ڨنرڨن نيلاي : فوكوس ، برسوڠݢوه-سوڠݢوه ، براني دان يقين
 ( kahoot ), (padlet) ,(socrative) ,(voice thread) ݢمبر توكوه ، لامن ويب  :باهن بنتو مڠاجر

چاتتن
اكتيۏيتي ڨڠاجرن دان ڨبلاجرن
ايسي ڨلاجرن
لڠكه

- ݢورو ممبري سلام دان ممينتا موريد ممباچ دعاء بلاجر
باچاءن دعاء
ڨندهولوان
(۱ مينيت)
قاعدة:
سؤال جواب

باهن بنتو مڠاجر:
لامن ويب    -
-۳ ݢمبر توكوه

- ݢورو ممينتا سموا موريد ممبوک لامن ويب برداسركن ليڠک يڠ دبريكن
- ݢورو منونجوقكن ۳ ݢمبر كڨد موريد
- ݢورو برسؤال جواب دڠن موريد برداسركن ݢمبر ترسبوت
- ݢورو مڠاءيتكن جواڨن موريد دڠن توڨيك ڨڠاجرن
۳ ݢمبر توكوه
سيت ايندوكسي
(۳ مينيت)
قاعدة:
سؤال جواب  


باهن بنتو مڠاجر:
 Voice thread-
- ݢورو ممينتا موريد منكن ليڠک    (VoiceThread)ڨد لامن يڠ دبريكن 
- ݢورو ممينتا موريد مندفتر ماسوق ک اكاءون ماسيڠ۲
- ݢورو ممينتا موريد مندڠر باچاءن سورة المؤمنون ايات ۱۱-۱ د
 (voice thread)
- ݢورو ممينتا موريد ﭘاتاكن ملالوءي رواڠ كومين تنتڠ چيري موءمن برجاي
- ݢورو ممبوات كسيمڨولن
  
چيري۲ مؤمن برجاي
لڠكه ۱
(.۱ مينيت)
قاعدة:
ڨنرعن

باهن بنتو مڠاجر:
Socrative-
- ݢورو منرڠكن چيري۲ موءمن برجاي
- ݢورو ممينتا موريد دبهاݢيكن كڨد ۸ كومڨولن
- ݢورو ممينتا واكيل كومڨولن ممبوك يڠ تله دسدياكن يڠ ( socrative) ليڠک
- ݢورو ممبري ستياڨ كومڨولن ساتو چيري موءمن برجاي
- ݢورو ممينتا سموا موريد بربينچڠ دالم كومڨولن
- ݢورو ممينتا واكيل كومڨولن منوليس حاصيل ڨربينچڠن ددالم ليڠک   socrative
- ݢورو ممبوات كسيمڨولن
چيري۲ موءمن برجاي
لڠكه ۲
(.۱ مينيت)
قاعدة:
ڨربينچڠن 
باهن بنتو 
مڠاجر:
Padlet-
- ݢورو ممينتا موريد ككل ددالم كومڨولن
- ݢورو ممينتا واكيل كومڨولن ممبوك   يڠ تله دسدياكن (padlet ) ليڠک
- ݢورو ممينتا ستياڨ كومڨولن مميليه سأورڠ توكوه بسرتا ڨنچاڨاينڽ
- ݢورو ممينتا واكيل كومڨولن منوليس حاصيل ڨربينچڠن ددالم ليڠک ترسبوت
- ݢورو ممبوات كسيمڨولن
 سأورڠ توكوه بسرتا ڨنچاڨاينڽ
لڠكه ۳
(.۱ مينيت)
قاعدة:
ڨرماءينن 
باهن بنتو مڠاجر:
Kahoot-
- ݢورو ممينتا ستياڨ موريد ممبوک لامن ويب ( kahoot )  اونتوق منجواب سؤالن         
- ݢورو ممنتاو موريد كتيک منجواب سؤالن


ڨنيلاين
(٥ مينيت)

- ݢورو ممبوات كسيمڨولن كسلوروهن تاجوق ڨمبلاجرن

ڨنوتوڨ
 (۱ مينيت)

Rakaman Mikro Pengajaran IXEB4103 Teknologi Dalam Pendidikan Islam

Tarikh: 04 Disember 2017 Tempat: Makmal Komputer, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Review: Mikro Pengajaran Teknologi Dalam Pendi...