Ciri-ciri mukmin berjaya
1) Beriman kepada Allah.
Perkara yang perlu diberi keutamaan orang-orang Islam yang beriman (Mukminin) hakikat kejayaan mestilah disulami dengan keimanan yang hakiki demi meraih kejayaan dunia dan akhirat.
2) Menjauhi diri daripada perkara-perkara yang keji dan sia-sia.
Perkara yang sia-sia merangkumi semua perkara yang membawa kepada kelalaian, maksiat dan aktiviti yang tidak berfaedah. Orang mukmin perlu menjaga dirinya daripada terlibat dengan perkara yang melalaikan dan tidak berfaedah. Hal ini kerana, perkara yang melalaikan boleh menjauhkan seseorang daripada mengingati Allah dan memudahkan hawa nafsu dan syaitan menguasai serta membawa kita ke arah kemaksiatan dan derhaka kepada Allah. Mereka yang dapat menjaga diri daripada terlibat dan terjerumus dengan perkara yang sia-sia, mereka adalah orang-orang mukmin yang berjaya.
Allah berfirman, maksudNYa, "Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya." (Al-Mukminun: 1-5).
Allah berfirman, maksudNYa, "Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya." (Al-Mukminun: 1-5).
Membuang masa dan melakukan
perkara yang tidak berfaedah antara faktor kejatuhan umat Islam sebelum
ini. Hal ini disebut oleh Syeikh Hasan an-Nadwi di dalam bukunya : “Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Islam “ .
Beliau berkata “ tetapi sayang sekali , Kaum Muslimin tidak mensyukuri nikmat
Allah. Selama berabad-abad lamanya manusia membuang waktu dan tenaga berfikir
perkara dan berfalsafah berhubung perkara yang tidak bermanfaat . Andaikata mereka
berfikir perkara yang menguntungkan Islam dan kaum muslimin, kedudukan mereka
tidak akan separah ini…”
Sabda Rasulullah S.A.W. : “Dari kebaikan Islam seseorang itu meninggalkan apa yang tidak berfaedah
baginya".
Apa yang boleh difahami dari
hadis ini merangkumi beberapa perkara dan ianya merupakan natijah kita perlu meninggalkan perbuatan sia-sia.
- Membangunkan masyarakat yang mulia.
- Menyibukkan diri dengan apa yang tidak berfaedah merugikan waktu yang berharga, dan tanda iman lemah.
- Menghindarkan diri dari perkara yang sia-sia jalan menuju keamanan dan keselamatan.
- Hati sentiasa dekat dengan Allah.
3) Menjaga kehormatan diri.
Orang Islam wajib menjaga kehormatan diri dan memelihara maruahnya sama ada ketika berseorangan dan semasa bermuamalah. Antara cara menjaga kehormatan:
- Menutup aurat dengan sempurna.
- Menjauhi pergaulan bebas dan zina.
- Menyalurkan keinginan nafsu syahwah melalui perkahwinan.
- Menghindarkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara keji seperti rasuah, penyelewengan dan penipuan.
4) Menunaikan amanah dan janji.
Kita wajib menunaikan amanah dan menepati janji terhadap Allah dan manusia. Mereka yang mengkhianati janjinya termasuk dalam golongan munafik sebagaimana hadis rasulullah S.A.W:
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم – قَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
Dari Abu Hurairah, bahwa Nabi SAW bersabda, Tanda-tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia berdusta, jika berjanji dia mengingkari, dan jika diberi amanah dia berkhianat (HR. Al- Bukhari)
Setiap wakil kumpulan sila tekan link akaun socrative : https://b.socrative.com/login/student/
No comments:
Post a Comment